tag:blogger.com,1999:blog-38795686306230248832024-03-13T09:26:52.359-07:00bellagioSang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.comBlogger12125tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-20666626625457426262009-12-11T03:45:00.000-08:002009-12-11T05:44:59.982-08:00sambung tragediKeadaanku yang teruk berlarutan sehingga ke Hospital Basma.Perjalananku dari masa tikaman sehingga aku sampai di bilik kecemasan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Aku rasakan seperti tiada apa yg dilakukan oleh doktor walaupun semua doktor and nurse serta yang lain2 sibuk men'resuscitate' diriku.Aku terasa lemah yang teramat..."Bantulah aku Ya Allah..jika Engkau mengtakdirkan aku mati Ya Allah, maka ampunilah segala dosa-dosaku..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar,yang memiliki seluruh alam ini.." doaku, aku berserah sepenuhnya kepada Tuhanku.Ketika itu, aku dapat merasakan hanya Tuhan sahaja yang menemaniku, yang melihat segala yang terjadi padaku dan hanya Dia yang dapat membantuku. Tanpa kusedari,air kencingku meleleh kerana terlalu sesak nafas.Aku meminta-minta diberikan oksigen kerana aku semakin susah untuk bernafas.Empat pin darah dipindahkan. Setelah itu, barulah aku tenang kembali sedikit demi sedikit.

Aku telah di'operate' dengan segera pada malam itu. 'Operation' bermula lebih kurang pukul 9.30 malam.Sebelum operation dilakukan,doktor bertanya tentang surat kebenaran pembedahan yang belum ditandatangani itu.Oleh kerana tidak dapat menunggu lebih lama, aku menawarkan diriku untuk menandatangani surat kebenaran itu. Setelah siap menandatangani surat itu, aku menjatuhkan pen itu ke lantai kerana keadaan yang lemah itu memaksaku untuk berbuat demikian.

Sepanjang operation itu, sahabat-sahabat karibku menungguku di luar bilik operation dgn hati yg penuh terkejut,duka,marah dan murung sekali.Kerana terlalu sayang pada diriku,mereka tidak sanggup untuk meninggalkanku sendirian.Biarlah apa pun yang terjadi, yang penting aku berada disisi mereka. Semua sahabat karib yang sekelas denganku seperti masih belum dapat percaya yang keadaan itu terjadi pada diriku.Mereka tidak mampu melelapkan mata sehingga pagi.Apabila aku teringat kembali kejadian ini, aku merasa bersalah dan kasihan terhadap mereka kerana kejadian itu berlaku di waktu ambang peperiksaan.

Tidak mengapalah..semuanya sudah berlalu.Cuma yang tinggal hanyalah pengalaman yang berguna.Jadi..selepas ni, aku akan menjaga hubungan persahabatan ini dengan bersungguh-sungguh, hanya ini sahaja yang dapat aku lakukan sebagai tanda terima kasih kepada sahabat-sahabatku dan kerana terharu, terharu apabila teringat kembali bagaimana mereka risau dan mengambil berat terhadap diriku..insyaAllah akan kujaga persahabatan ini sebaik mungkin..dan aku berdoa padaMu Ya Allah, agar Engkau memberi balasan yang baik iaitu syurga kepada sahabat-sahabatku ini..Wassalam..

Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-41013719241106886722009-12-09T11:03:00.000-08:002009-12-11T05:09:32.019-08:00TragediSemua orang pasti ada pengalaman yang tidak mampu mereka lupakan. Begitu juga dengan diriku. Pengalaman ini banyak mengajar aku erti persahabatan, erti kekeluargaan,erti kehidupan dan nikmat kesihatan. Sesungguhnya aku amat bersyukur padaMu Ya Allah di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan.

Pada hari itu, tergerak hatiku untuk bertemu dengan kawanku, Mohd Firdaus Mubing. Entah mengapa pada hari itu hatiku teringin sekali untuk bertemu dengan Firdaus...

Selepas selesai solat Isyak, Yusuf Mustafa datang bertandang ke rumahku. Kami pun keluar bersama-sama ke rumah Firdaus.Ketika itu kelihatan dua orang lelaki Arab yang sedang berdiri di atas jalan raya berhampiran dengan rumahku.Memang sudah menjadi satu kebiasaan, apabila menjelang malam akan kelihatan ramai orang-orang Arab lalu lalang di hadapan rumahku.Oleh kerana itu, aku tidak mengambil kisah tentang kedua-dua orang lelaki Arab itu.Apa yang lekat di ingatanku hanyalah pemakaian mereka, salah seorang daripada mereka memakai mafla dan snow cap.Selain itu, seorang daripada mereka itu tinggi dan yang seorang lagi itu rendah berbanding rakannya.

Kami pun berjalan melepasi mereka sambil memberi salam ketika melalui mereka. Tetapi mereka tidak menjawab salam kami dengan penuh. Aku menoleh ke arah mereka sekilas pandang.Kemudian kami meneruskan langkah kami ke rumah Firdaus.Tiba-tiba aku mendengar bunyi detakan kaki seolah-olah ada orang yang sedang berlari ke arah kami dari belakang.Belum sempat aku menoleh, kedua-dua tanganku telah dipegang kuat oleh orang Arab yang berbadan besar itu dan disebabkan itu aku tidak dapat bergerak. Tambahan pula lelaki membawa pisau bersamanya dan mengacukan pisau itu ke pinggangku.Aku menjadi panik dan tidak berani untuk bergerak dan bergelut dengan lelaki Arab itu kerana bimbang kalau-kalau pisau itu mengenaiku.Yusuf cuba untuk melepaskan diri dan bergelut dengan seorang lagi lelaki Arab yang merupakan rakan kepada lelaki Arab yang mengancamku dengan pisau itu.Nasib Yusuf baik kerana lelaki Arab yang menyerangnya itu tidak membawa sebarang senjata.

Ketika Yusuf sedang bergelut, lelaki Arab yang mengancamku dengan pisau itu memintaku duit dan "handphone". Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata lelaki Arab itu"masori-masori" dan "mobile".Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Memang ketika itu aku tidak membawa duit dan "handphone" bersama.Tiba-tiba aku terasa pahaku ditikam. Sakit yang teramat.Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakit yang aku rasai ketika itu.Lelaki Arab itu kemudiannya melepaskanku dan melarikan diri dengan membawa pisau yang penuh dengan darahku.Darah mula mengalir dari pahaku.Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Aku terjatuh lalu terduduk di tepi longkang Abu Ain.Aku tidak mampu untuk bergerak apatah lagi bangun. Darahku keluar semakin banyak dan laju.Sedaya upaya aku cuba untuk menutup bekas tikaman itu dengan pakaianku,namun darah tetap keluar dengan banyaknya..dan tidak mampu untuk menghalangnya lagi..aku semakin lemah..

Aku menyebut-nyebut nama Penciptaku sebanyak-banyak yang mungkin dan mengharap pertolongan daripadaNya..Aku menjerit meminta pertolongan.Dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris hingga ke bahasa Melayu.Ada orang Arab yang membuka pintu untuk melihat tetapi tiada bantuan diberi.Mungkin mereka tidak berani kerana bimbang kalau-kalau perkara yang sama akan menimpa mereka atau mungkin juga kerana mereka tidak melihat kejadian rompakan dan tikaman itu maka mereka tidak tahu bahawa aku di pihak yang benar dan aku adalah orang yang dizalimi.Beberapa minit kemudian, aku melihat Yusuf datang kembali ke arahku.Syukur Alhamdulillah..akhirnya ada orang yang dapat aku harapkan untuk menolongku."Yusuf..cepat panggil teksi..aku luka ni..,"kata aku kepada Yusuf dengan suara yang lemah dan tenggelam timbul, ditambah pula dengan perasaan yang bercampur-baur dan tertekan.Yusuf pun cepat-cepat pergi meminta bantuan. Aku menjadi semakin lemah, penglihatanku semakin kabur dan aku tidak mampu untuk bertahan lagi. Aku melihat Yusuf membuat panggilan dan kemudiannya aku sudah tidak sedarkan diri.

Sedar-sedar sahaja, aku sudah berada di atas ambulans dan dalam perjalanan ke hospital. Pada ketika itu kaki kananku terasa sakit sekali.Tidak pernah aku rasa sakit seperti itu seumur hidupku.Dan yang paling sakit ialah dada aku.Bagaikan ingin tercabut jantung aku ketika itu.Aku mula tercungap-cungap kerana tidak cukup oksigen(metabolic acidosis).Rasanya seperti dadaku ditekan-tekan dengan sekuat-kuatnya.Banyak kali aku hanyut tetapi aku cuba sedaya-upaya menahan diri supaya tidak pengsan lagi.Aku bimbang kalau-kalau aku tidak akan bangun lagi. Banyak kali aku meminta air kerana terasa haus yang teramat..Barulah aku tahu bagaimana rasanya orang Palestin yang tercedera dalam perang menentang Israel itu.Namun begitu, ujian kecil ku ini tidaklah dapat disamakan dengan orang-orang Palestin..kerana mereka kehilangan harta dan keluarga..manakala aku masih mempunyai keluarga yang amat mengambil berat dan menyayangi diriku dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat tentang diriku..Di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang telah banyak membantu, menjaga dan mengambil berat tentang diriku..Terima kasih semua..

Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-55974504026101292562009-05-02T09:15:00.000-07:002009-05-15T05:54:43.321-07:00Rotation terakhirAkhirnya,esok adalah rotation terakhirku untuk tahun 5.Rotation dermatology(kulit).Then final exam akan menyusul.Masa yang berlalu sejak bulan September tahun lepas kurasa terlalu singkat.Tup tup tahun 5 dah berakhir.Ye ke dah berakhir.Hati ni takut gile nak exam final.Kene study gile2 la kalau nak lepas tahun 5 nih.

Rasa cam kejap je tahun 5 nih.Aku masih ingat lagi hari 1st aku ponteng kelas radiology dulu.Rasa cam semalam je.Kisah aku ditikam pun masih segar2 dalam ingatan.Haih,cepatnye mase berlalu.Tahun ni 2 kali aku pulang ke Mesia.mungkin sebab tu kot aku rasa tahun ni cepat berakhir.Sebab kelendar tahunanku berlainan ngan kawan2 yang lain samada di mesia atau di jordan.Balik mesia tu ibarat diriku yg baru dicas bateri.Huhu.Bila dah balik aku kan rasa segar je nak teruskan belajar.Bila dah akhir2 semester tiap2 tahun rasa cam dah x tahan dah nak balik mesia.Kat sini ape ler yang ade.

ada 2 exam tuk dua minggu lg.sebenarnye 3 exam.khamis untuk dermatolgy.sabtu untuk neuro dan ahad tuk famiy medicine.Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-12709232770280923272009-04-28T23:56:00.000-07:002009-04-29T02:38:27.984-07:00kelas akhirPagi ni aku g kelas.Sampai2 je x de student lain pun kat clinic kecuali aku.Jadi aku pun ambik keputusan nak balik je.Memang dieorang x nak datang harini sebab nak study tuk exam.Tapi aku agak kecewa la sebab aku x yakin tuk ponteng kelas.Takut aku je yang x datang dan dr ambik attandance dan aku kene tolak 2 markah.

Then masa aku nak balik tu tiba2 dak2 group aku yg lain sampai.Tapi dieorang gtau dr kat clinic nak balik study.Nak minta kebenaran tu pun kene pilih dr gak.Pandai je cari dr yg baik tuk sain attandance.Tapi aku pun terpikir ape gunenye tulis nama atas kertas pastuh dr sign kelau lepas ni simpan kertas tu kat umah.Nak buat ape kertas attandance tu.Then kawan2 aku suruh aku simpan kertas kehadiran tuh and tunjuk kat dr koordinator nanti.Tapiaku x akan tunjuk kertas tuh sebab aku x nak kawan2 aku yg memang x datang hari tu kene tolak 2 markah.Kecuali la kalau memang Dr Hisham(Dr koordinator) minta kertas kehadiran tu.

Ni kertas tulis name and dr sain kat belakang

Then balik je umah tenet lak slow.Memang penat la nak download nota kalau tenet slow.So aku gi la kedai top up tenet.Aku plan nak top up 3 gig je(7 dinar=RM35).Tapi minah yang kat kaunter tu ter'topup' 15 gig(15 dinar=RM75).15 gig tu banyak gile kalau nak guna sampai 7hb ni memang takkan habis.So rugi la aku kalau tenet aku renew balik 7 hb ni semua credit yg aku top up hari ni akan habis gitu je.Tapi die wat la muke ayu je cam harap aku mengalah dan aku bayar je 15 dinar tu.15 dinar tu banyak la nanti aku rugi 8 dinar(RM40).Tension tahap gaban aku dibuatnye.Yang aku lagi tension bile tengok minah kat sebelah die yg memang cantik gile.Haih,napela aku x kene kat kaunter yg sebelah tu.Kalau minah kat sebelah tuh tak de la tension sangat.Ni la dunia,ape yang kite nak memang susah nak dapat.Tak tahu la memang tuhan nak suruh kita usaha ke atau memang tuhan nak jauhkan kite dari dosa2.hehe.Pape pun aku bayar je sebab aku tahu kalau aku tak bayar die gak yang kene bayar.Aku harap sikap toleransi aku tu akan tuhan balas kemudian nanti bile2 kite susah.Tapi aku still blah dgn muke yg masam.Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-78951378393597374492009-04-28T13:39:00.002-07:002009-04-29T00:14:18.312-07:00Opthalmo rotationExam opthalmo hari Khamis ni tapi banyak lagi slaid2 yg belum beres dibaca.Cam biasa rotation ophtalmology ni cuma 2 minggu je jd memang terkejar2 nak faham.Kat clinic lak x dapat buat pape pun.Cuma bley guna opthlamoscope je.Memang bosan.Masa kat clinic ear,nose and throat(ENT) dulu tiap2 student diberi patient and kitaorang bley sentuh semua pesakit and ambik history and do examination.Kadang2 dr biar student je yg wat keje.Skang kat opthalmo clinic pape pun x leh buat.Maybe takut tercucuk mata pesakit kot.Tak kesahla.Yg penting dalam short course ni camana nk diagnose the most important disease.Contohnya 'any eye syndrome or disease that can cause death if we miss diagnose it' tuk diguna pakai time keje nanti.
saje berpoyo2 bergambarSang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-19015943028392584052009-04-27T12:18:00.002-07:002009-04-27T15:16:41.337-07:00Lame x updateHari ni aku mengupdate kembali blog ini lepas hampir tamat tahun 5.Alhamdulillah.Akhirnye tamat jugak tahun 5 nih.Next year aku kan jadi super senior.Bunyi cam gah je kan jadi super senior.Dak2 junior semua respek.Angkat suare je semua orang diam.Huhu.Tapi nk pesan la sket jangan la berlagak sangat.Jgn ingat kite ni senior semua orang takut.Nanti orang semua benci baru kamu tau wahai Ihsan.Nanti orang akan nyampah ngan kamu.Sebab tu aku guna bahasa "aku mung" je ngan dak2 junior aku.Nak hilangkan gap seniority.Biar dieorang anggap aku nih member2 biese dieorang je.Biarla orang respek aku sebab bende2 lain bukan sebab aku ni senior

Tadi ada sorang dak tahun 2 terlantar kat hospital sebab kene operate lutut.Katenye die injured mase main futsal.G hospital Dr suspect die tu injured cruciate ligament.Lame dah tuh.Dekat sebulan dah.Tapi baru semalam Dr operate tgk kat dlm lutut die.Cruciate ligament ni ade dua.1 anterior 1 lagi posterior.Dalam kes ni dak tu injured anterior cruciate lig.Samade partially injured atau totally injured aku sendiri tak pasti.Tapi Dr x sambung balik ligament tuh.Aku pun terpinga2 la sendiri nape Dr x sambung balik.Maybe sebab "not in demand" kot.Atau mungkin nak tunggu yg satu lagi tu putus baru nak sambung balik.Hehe.So ape Dr wat kat dlm OR?Dr tengok dlm joint capsule lutut die and baiki sket die nyer collateral ligament and dah siap.Ni namenye arthroscopy.Fungsi arthroscopy ni untuk diagnostic(check sakit ape) and therapeutic(baiki ape yg rosak).Anterior cruciate lig injury ni antara injured yg paling kerap terjadi kat athlete.Ronaldo sendiri pernah kene ACL tear ni.

So tadi ni aku memang niat nak belek file die tapi terlupe lak.Ape yg kupikir mase tuh aku pun x pasti.Bukan takat tu je masuk lif pun terlupe nk tekan tingkat ground floor.Haha.Memang aku ni jenis kaki khayal.Kejap2 senyum kejap2 sengih.Hehe.Tadi die tanye aku camane nak main bola lagi sebab die nye lig dah putus.Aku jawab main je lagi kuat2.Putuskan satu lagi lig tu supaya dr boleh baiki.Hehe.x de la.Aku kate main je cam biase.Takde masalah.Cuma maybe ada lock la sket kat lutut tu.X leh nk luruskan betul2 lutut tu.Dan ini akn menyebabkan die lebih mudah nk develop arthritis and cartilage tear.

Aku g bayar bil hospital and surgery tuk die tadi.Tup tup 430 dinar kalau x silap.Darab la sendiri ngan 5.Dalam Rm 2150 ringgit.Tapi sebab kami ni student kat hospital tuh so discount 90%.10% lagi JPA yg tanggung.

Ape yg buat aku jadi termenung sket tadi bila aku tengok ramai kawan2 yg melawat die.Teringat balik mase aku terlantar kat hospital dulu.Orang datang tak putus2.Sampai aku sendiri merungut sendiri sebab x leh tido siang.Haih,nak marah x boleh.Nanti kalau ade pape ngan dieorang gak aku nak minta tolong.Kadang2 yg datang tu sambil2 je sebab nk luangkan gap mase lecture.Bosan2 datang la tgk kawan yg sedang terlantar kat hospital.Sambil2 tu boley la tanye ape Dr nak buat ape lepas nih.Kebetulan la plak ngan course medik yg dieorang ambik.Boleh la blaja2 sket.X gitu?

Kalau nk tengok sape yg betul2 ambil berat mase kite sakit tunggu cuti hujung minggu.Tengok la x de sape pun datang kecuali kawan2 yg memang rapat ngan kite.Sebab tu aku x boleh bergantung pada orang lain.Masa aku memilih jalan nak sewa umah sorang2 je dulu,aku dah ambik keputusan ape je yg berlaku lepas ni risiko tu akan aku tanggung sendiri.Itu satu perjanjian automatik dengan diriku sendiri samada aku sedar atau pun tidak semasa aku sain akad sewa rumah dulu.

Sebab tu bila tiba2 bile aku masuk hospital aku x boleh nak harapkan simpati dari sesiapa pun.Ingat balik janji kita pada diri kita.Cuma kadang2 aku nak test kawan2 aku betul ke dieorang ambik berat pasal aku.Aku minta la camacam ngan dieorang.Mase mak ayah aku ade dulu nampak cam serius gak kawan2 jaga aku.DEPAN MAK AYAH AKU.Tak cukup ngan jaga aku, cakap lak kat mak ayah aku dieorang akan gilir2 jaga aku sampai aku boleh gi kelas semula.Sampai aku fikir kalau mak ngan ayah aku nak balik Mesia pun aku x kesah sebab ada kawan2 yg boleh jaga.Aku tak tahula samada itu hanya sandirawa kawan2 atau aku yg terlebih konfiden ngan mereka.Tapi yg conferm ada yg mengade2 depan ayah aku.Tapi cam biasa ayah aku tu bukan yang ske "take for granted".Die lebih arif.Lebih berhati2 membuat sebarang keputusan.And lebih penting die sentiasa yakin dengan keputusannya.Die x terpengaruh ngan senyum senda dan seloka dan kata2 manis mereka.Mungkin ayah aku dah sedar mereka hanya practice teknik2 camana nak ambik hati bapak mertua mereka bile dah kawin nanti.

Dan aku dibawa bercuti 2 minggu di Malaysia.Bile aku pulang semula ke bumi anbia ini,x ada sape yg nk tolong tengok2kan aku kecuali abangku yg datang menemaniku untuk seminggu.Mane kawan2 yg dulu meluahkan janji.Janji depan ayah aku dulu.Lepas tuh baru aku sedar,ramai kawan2 simpati je tapi sebenarnye dalam diri mereka"tak dapat den nak nolong".

Takpe la,semua dah berlalu.Cuma yang tinggal hanyalah pengalaman berguna.Then lepas ni mane2 kawan2 yg betul2 ambil berat tu aku akan betul2 la akan jaga friendship dengan mereka tu insyaAllah.Biar tuhan saje yg membalasnye.Wassalam.Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-90735847135945627112008-09-19T06:22:00.000-07:002008-09-19T06:42:15.729-07:00Gambar-gambar di Malaysia

Tgh bercakap dgn abangku.Anak buahku yang snap picture

Halaman garaj rumah

Aku di airport.Aku kat kiri

Muka bosan

anak buah aku tengah main game boySang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-5382146278832459112008-09-19T02:26:00.000-07:002008-09-19T02:28:02.380-07:00BahrainSemasa aku transit di Bahrain,aku sempat bersiar-siar di Manama city.Bandaraya Bahrain.Panas tu memang boleh tahan.Angin yang bertiup pun panas.Berpeluh-peluh la kalau tak duduk dalam hotel.Tapi aku terus kuatkan diri untuk keluar bersiar-siar di sana.Bila lagi nak berjalan kan?Ni la satu-satunya peluang yang ada.So aku pun keluar la bersiar-siar di sini.Keluar bersama kawan-kawan.Lepas berbuka puasa(sebenarnya aku tak berpuasa hari tu,hehe) pukul 5.45 petang,kami terus keluar.Kat bandar ni rata-rata yang aku jumpa bukan arab,tapi asians especially Bangladesh dan India.Sampai kami tertanya-tanya ni kat India ke kat Bahrain.Huhu.

Sambil melihat peta yang kuambil dari airport,kami menuju ke sebuah kompleks beli belah.Masuk-masuk je kami semua tertanya-tanya kenapa la kat sini cuma jual barang-barang kemas.Masa tu aku baru la perasan nama tempat tu madinatuz zahab.(kompleks beli belah barang kemas).La,patut la semua yang masuk dalam kompleks tu nampak cam bergaya je.hehe.Tempat orang-orang kaya rupanya.

Lepas tu kami pergi ke money exchange nak tukar duit dinar.Fuh,mahal giler duit Bahrain.1 dinar Bahrain sama dengan RM10.Patut la baju yang dijual di kedai kat tepi jalan harga dalam BD 1.9.Aku rasa kat Malaysia atau lebih tepat lagi kat KB aku boleh dapat dengan harga RM5 je.

Bahrain ni aku rasa negara dia baru nak naik.Rancak sungguh bangunan-bangunan baru dibina.Rekacipta canggih-canggih lak tu.Hurm.Tak puas aku keluar malam tu.Esok tu aku keluar lagi pukul 6 pagi.Kat Bahrain subuh pukul 3.30 pagi.So 6.30 tu dah macam pukul 8-9 pagi kat Malaysia.

Aku jalan je.Ikut lah kemana pun tak kisah.Janji boleh ambik gambar-gambar buat kenangan.Aku keluar jalan ikut jalan besar sampai la ke tepi laut.Sempat la aku bergambar di sana.Kat sana tu ada orang arab duk lepak kat atas rumput yang memang ditanam.Tak puasa rupanyer arab ni.Ada tin coca-cola lagi. Ada satu bangunan kat sana yang aku rasa cantik gler.So aku pun berjalan la setengah kilometer ke bangunan tu.Rupa-rupanya shopping kompleks baru dibina.Berapa banyak shopping kompleks baru la yang nak dibina.Tapi masih tak open lagi.Kat ringkat atas bangunan tu ada bank.Bank apa entah aku pun tak ingat.Dalam pukul 8.30 pun aku pun balik la hotel semula.

Flight ke Airport Queen Alia,Amman pukul 12.30 tengah hari.So begitulah kisahnya untuk hari ini.

Shopping kompleks yang belum siap tu

Hotel tempat aku menginap

Shopping kompleks tu dari jauh

Kat jeti

Aku cuma saja-saja ambik gambar ni.Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-35936952866189758442008-09-18T11:38:00.000-07:002008-09-19T06:01:06.344-07:00Pulang ke MalaysiaIbarat sireh pulang ke gagang.Atau ikan pulang ke lubuk.Barangkali itulah istilah yang sesuai.Setelah berakhirnya semester musim panas setiap tahun,aku akan pulang kembali ke Malaysia.Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa nak balik setiap tahun?Tak membazirkah?

Di sini bukan soal membazir atau pun tidak.Soalan yang perlu ditimbulkan ialah apa faedahnya pulang setiap tahun.Mengapa tidak dijarangkan menjadi dua tahun sekali atau tiga tahun sekali sahaja?Biar aku perjelaskan satu persatu.

Pertamanya,tujuanku adalah untuk mengembalikan semangatku untuk belajar.Refresh kembali.Sepanjang aku di sini,motivasi untuk menggerakkan diriku belajar semakin hari semakin malap.Aku hilang tumpuan belajar 'especially' di akhir-akhir semester setiap tahun.Kenapa jadi begitu?Entahlah,aku pun tak pasti.Mungkin aku terlalu dibawa arus kemewahan hidup di Jordan(pelajar tajaan JPA yang sememangnya terkenal dengan kemewahan yang melampau-lampau berbanding pelajar IPT di Malaysia), atau suasana di sini yang tidak pernah memotivasikan diriku.Dengan kembalinya ke Malaysia,aku akan membakar semula semangatku setelah melihat kejayaan abang-abang dan kakak-kakakku di Malaysia sekaligus melupakan perkara-perkara remeh yang mengganggu pelajaranku.

Tiada program-program motivasikah di sini untuk mengubah personaliti daripada malas menjadi rajin?Bukan tiada,tapi program-program tersebut bagiku tidak pernah mengubah diriku untuk semakin gigih berusaha.Sebenarnya program motivasi tidak penting.Bagiku,motivasi hanya akan datang apabila seseorang itu dalam keadaan terdesak.Perokok mungkin hanya berhenti merokok apabila dia menghidap kanser paru-paru dan hayatnya di hujung tanduk.

Di sini tidak ada yang ingin menyuruh atau memaksa kita melakukan sesuatu.Jika ada yang ingin ponteng kelas,atau yang ingin tidur dari pagi sampai ke maghrib, atau yang ingin melayan movie pada malam-malam exam,tiada siapa yang boleh memarahi.Bukan tiada yang menegur,bahkan aku berterima kasih kepada sahabat-sabahatku yang memarahiku tatkala aku melakukan kesilapan.Namun teguran demi teguran yang diberikan oleh sahabat-sahabatku tidak semua diendahkan.Kadang-kadang teguran itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Teguran ataupun nasihat yang kukira datang dari saudara maraku ini tidaklah memberi impak yang besar untuk aku berubah menjadi seorang yang tekun atau bertambah baik.Berlainan nasihat yang diberi oleh orang tua.Bagiku,orang tuaku semacam ada suatu kuasa veto.Segala permintaan atau kemahuannya mesti dipenuhi.Jadi,dengan kembalinya aku ke Malaysia menguatkan kembali semangatku untuk memenuhi permintaan mereka.Mereka tidak inginkan apa-apa dariku,hanya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran tanpa mengendahkan perkara-perkara lain seperti aktif berpersatuan,bercinta,ataupun perkara-perkara remeh yang lain.

Selain itu,aku juga pulang untuk menemui kembali ibuku di Malaysia.Jangan salah faham.Bukan aku membezakan kasih sayang ibuku dari mereka yang lain terutama dari ayahku,tetapi aku dapat rasakan ibuku terlalu merindui diriku.Merinduiku lebih dari insan-insan lain di dunia ini.Buktinya melalui panggilan-panggilan telefon yang selalu kubuat ke Malaysia.Dialah satu-satunya insan yang akan menerimaku samada baik atau buruknya aku.Jika aku berjaya suatu hari nanti,dia menerimaku.Namun, jika aku gagal(na'uzubillah)dia tetap menerimaku.Tidak sama dengan insan-insan lain di dunia ini kukira,ibu mempunyai kududukan yang tinggi.Tak perlu aku panjangkan kalamku mengenainya,hanya ingin menyatakan syukurlah aku masih mempunyai seorang ibu.

Kehidupan di Jordan juga tidak sama dengan negara-negara lain.Lebih tepat lagi United Kingdom,europe ataupun Malaysia sendiri.Apa yang ada di sini?Tiada yang istimewa untuk dilakukan apabila cuti tiba.Nak bekerja,tiada kerja.Kalau adapun komisen sangatlah rendah.Tidak seperti di sesetengah negara lain.Tidak hairanlah di Jordan ramai pekerja-pekerja adalah warga Mesir dan Syria.Sepertimana warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.Setiap kali cuti semester tiada aktiviti yang menyeronokkan.Cuma boleh tinggal di rumah dan layan movie setiap masa atau bersiar di sekitar dalam dan luar negeri seperti Syria.Syria sudah 4 kali aku lawati.Jordan sudah hampir semua kawasan aku lawati.Hendak ke Turkey,duit tidak cukup.Perbelanjaan lebih mahal dari pulang ke Malaysia Tiada apa yang menyeronokkan lagi.Aktiviti seperti jungle tracking(tiada hutan di Jordan),snorkeling,dan seumpamanya tidak dapat dilaksanakan di sini.Kalau hendak dilakukan juga pun kurasa akan menelan belanja yang mahal,jangan lupa 1 jordan dinar bersamman 4.6 ringgit Malaysia.

Oleh sebab itulah aku rasakan pulang ke Malaysia adalah the best choice untuk diriku.Mungkin ada yang berbeza pendapat denganku.Biarlah,bagiku tiada siapa yang tahu akan dirinya melainkan dirinya dan Allah sahaja.Wallahuaalam.Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-15978242095767768142008-09-17T03:21:00.000-07:002008-09-19T02:26:14.493-07:00RadiologyMinggu ini bermulalah kisah hidupku di tahun lima di universiti.Bermakna sudah 4 tahun penuh aku berada di bumi Syam.Sungguh pantas masa berlalu ye.Tak sangka betul.Masih kuingat lagi ketika aku mula-mula memijakkan kaki di sini semasa turun dari 'flight'.Rasa macam baru je semalam sampai di sini.

Dan untuk tahun ini posting pertamaku ialah radiology.Semua ahli groupku bukan melayu kecuali Iqbal.Ye.Iqbal.Musuh ketatku di tahun 1 dahulu.Hehehe.Actually kami registerkan nama bersama untuk tahun 5 ni.Pelikkan.Kenapa nak daftar nama dengan musuh ketat?Macam dah tak ada kawan lain nak daftar.Sebenarnya aku dan Iqbal sudah tidak bergaduh lagi.Bahkan sekarang ni dah jadi member kamcing.Pelik betulkan dunia ni.Sebab itu rasulullah pernah bersabda marhumnya jika kamu pernah bergaduh janganlah kamu bergaduh berlebih-lebihan.Kelak mungkin musuhmu akan menjadi sahabatmu.Begitulah lebih kurangnya apa yang terjadi pada kami.

Di sini semacam ada sedikit kepelikan yang tak dapat dirasai semasa aku di kolej di Malaysia duhulu.Di sini kita mesti menjaga akhlak jangan terlalu banyak melakukan dosa.Kelak satu persatu bala akan menimpa.Betul ke?Manalah aku tahu.Hehe.Tapi mungkin ada kebenarannya dari pengalaman-pengalamanku yang lepas.Bumi Syam ni tempat para nabi terdahulu.Sahabat-sahabar rasulullah pun ramai yang tinggal dan wafat di sini.

Berkisar tentang postingku,aku tidak hadir pada hari Ahad lepas(Jordan cuti jumaat sabtu).Masa tu aku transit di Bahrain 22 jam.'Flight delay'.Jadi aku kena tolak dua markah.Dua markah je.Bukan banyak pun.Huh,dua markah tu la hidup mati seorang medical student.Doctor kat sini semua strict .Sesiapa tak hadir kelas 2 hari untuk posting radiology tidak dibenarkan menduduki 'final exam'.Anyway,hari ahad tu hari pertama aku ponteng rotation di hospital.Melakar sejarah dalam hidupku.Tidak pernah lagi aku ponteng hospital.Sejak dari tahun lepas lagi.Tapi kali ni nak buat camana,bukan kehendak diri.Aku akan terus berjuang untuk 2 markah itu.Aku akan berjumpa dengan Dr dan bagitahu situasi sebenar.Moga-moga dilembutkan hati dr koordinator tu untuk mengembalikan dua markah itu.

Rotation radiology ni berlainan dari rotation-rotationku sebelum ini.Kami hanya perlu datang ke dewan seminar untuk mendengar lecture dan melihat x-ray,Ct scan dan MRI.Tak perlu bawa lab coat,tak payah ambil history pesakit,dan tak perlu buat presentation pun.Datang seminar dan dengar je lecture yang diberikan sampai cemuh.Minggu depan hari khamis dah 'exam OSCI'.Bukan seperti rotation surgery tu lepas 2 bulan baru OSCI.Semoga aku dapat menjawab soalan-soalan exam dengan baik.

Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-79743295587430496792008-09-16T06:13:00.000-07:002008-09-16T07:33:20.032-07:00AbeHari ini aku kehilangan seorang sahabat.Sahabat bernama Abe.Sahabat sejati kukira.Mungkin sehidup semati.Hanya tuhan sahaja yang mampu memberikan jawapan.Abe.Orang pertama yang memahami hidupku di sini.

Aku mengenali Abe 4 tahun yang lalu.Tahun pertama aku di sini.Bumi Jordan atau dikenali bumi anbiya.Hidup di sini tidak sama dengan hidup di kampung halaman.Hidup dalam lingkungan kasih sayang keluarga.Segala-galanya tidak perlu diselesaikan sendiri.Serahkan kepada ibu dan ayah.Serahkan pada mereka segala masalah diri.Bangun pagi nasi sudah terhidang.Kain cadar tidak perlu dirapikan.Biarkan sahaja pada mama.Dia tahu tugasnya.Tidak aku nafikan aku adalah anak yang manja.Yang tidak reti untuk berdikari.Mungkin sebab aku adalah antara yang terbongsu kurasa,papa tidak pernah garang.Tidak seperti yang dikenali oleh abang-abangku khususnya abang sulungku,abe li.

Di sini jauh berbeza.Tugas mengurus terletak pada diri sendiri.Tidak ada insan yang ingin melakukan untukku.Segala-gala berbeza.Aku terpaksa belajar memasak sendiri.Kalau tidak kenalah beli di restoran.Kalau nak beli makanan hari-hari akan menelan belanja yang mahal.Jadi aku terpaksa belajar memasak untuk survival diri.Apa aku peduli.Menguruskan diri tidak sukar.Sekejap sahaja boleh 'adapt'.Yang sukar ialah tatkala timbul masalah diri.Biar aku jelaskan.

Aku mengambil kuliah perubatan di sini.Semasa di tahun satu,universiti kerap mengadakan exams.Peperiksaan demi peperiksaan hampir setiap 2 minggu sekali.Setelah aku menduduki peperiksaan kedua,result yang aku peroleh tidak seperti yang kujangkakan.Resultku hancur.Hancur sepertimana hancurnya hatiku menerima berita tersebut.Bayangkan setelah kita berusaha sedaya upaya,akhirnya kita digagalkan dalam suatu exam yang tidak sampai 1 jam.Pertama kali aku rasakan pengalaman seperti itu.Tak terjangka malah aku sendiri tidak percaya.Aku lansung tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.Fikiranku terganggu.Aku rasakan usahaku pasti sia-sia selepas ini.Sugul yang aku rasakan tuhan sahajalah yang tahu.Begitu lah lemahnya imanku ketika aku bergelar 'junior' dahulu.

Dalam kerisauan itu aku berjumpa seorang sahabat.Sahabat yang selama ini menjadi motivator kepada diriku.Yang membantuku menghabiskan masa-masa sukar dalam hidupku.Aku terus tabah setelah melihat dirinya.Dia selalu menasihatiku.Menasihatiku agar terus membiasakan diri.Jangan mudah putus asa.Jangan terikut-ikut dengan perasaan.Setelah hari itu kami menjadi sahabat baik.Dia sahabatku,dia juga seniorku.Sering aku habiskan waktu-waktu terluang bersamanya.Sering aku tidur di rumahnya untuk belajar sampai larut malam.Dia bukan sahaja menjadi motivator malah sering menolongku dalam tugas-tugas seharianku.Kami sering melakukan tugas harian bersama-sama.Sehingga suatu masa ketika aku ingin berpindah rumah,dialah yang paling banyak membantuku.Dari mencari rumah sehingga mengemaskan rumah baruku.Banyak yang aku pelajari darinya.Dia juga mengajarkanku memasak.Waktu itu aku tidak pandai memasak hatta menanak nasi sekalipun.Pernah dia berkata padaku,"Ihsan,kamu ada masalah kan?" kerana terlalu memahami hatiku.

Namun hari ini dia sudah pulang.Pulang ke Malaysia.Pulang ke kampung halaman.Meninggalkan aku sebagai senior di sini.Senior untuk adik-adik yang baru datang ke sini.Agar aku menjadi pembimbing junior-junior tersebut.Menggantikan dirinya.Kata-kata terakhirnya,"selamat tinggal ihsan,jagalah diri elok-elok".Walaupun mungkin aku tidak memerlukan bantuan darinya lagi sekarang,namun aku tetap merasakan suatu kehilangan dalam hidupku di Jordan ini.

Akan aku abadikan dirimu dalam hatiku buat selama-lama.Oh Abe..........Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3879568630623024883.post-69439802343743733822008-09-16T04:58:00.000-07:002008-09-16T06:12:59.851-07:00Menulis Hari ini aku akan memulakan suatu pengalaman baru dalam hidupku.Menulis.Atau lebih tepat ialah menulis dan menghalusi kembali tulisan-tulisanku.Tulisan yang tidak seberapa.Tulisan yang hanya untuk meluahkan hati dan perasaan yang terbuku di hati.Tulisan yang hanya sekadar menghiasi blog yg telah lama aku abaikan.

Siapa yang akan membacanya?Terpulang.Tidak pernah dipinta hati untuk dibaca.Walau aku sahaja yang membacanya pun sudah terlebih baik.Janji,aku dapat membukukan pengalaman-pengalamanku di ruangan ini.Mungkin selepas ini aku akan berasa bosan.Bosan dan cemuh.Bosan untuk menulis.Cemuh untuk melayari blog sendiri.Aduhai,tidak mampu aku memberikan jawapan kepada soalan itu.Biar masa sahaja yang menentukan.

Bilakah waktunya aku akan menulis?Soal bila tidak penting.Yang penting ialah bilakah waktuku terluang.Mungkin setelah bangkit dari tidur.Mungkin larut malam setelah selesai segala homework.Mungkin ketika stress.Atau mungkin tidak menulis lagi selepas ini.Seribu mungkin.

Harapanku agar blog ini terus segar disirami pengalaman dan jeritan-jeritan hatiku.Cukuplah sekadar itu sahaja sebagai permulaan.Sang Rajuna Tapahttp://www.blogger.com/profile/00128023002158041648noreply@blogger.com0