Friday 11 December 2009

sambung tragedi

Keadaanku yang teruk berlarutan sehingga ke Hospital Basma.Perjalananku dari masa tikaman sehingga aku sampai di bilik kecemasan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Aku rasakan seperti tiada apa yg dilakukan oleh doktor walaupun semua doktor and nurse serta yang lain2 sibuk men'resuscitate' diriku.Aku terasa lemah yang teramat..."Bantulah aku Ya Allah..jika Engkau mengtakdirkan aku mati Ya Allah, maka ampunilah segala dosa-dosaku..sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar,yang memiliki seluruh alam ini.." doaku, aku berserah sepenuhnya kepada Tuhanku.Ketika itu, aku dapat merasakan hanya Tuhan sahaja yang menemaniku, yang melihat segala yang terjadi padaku dan hanya Dia yang dapat membantuku. Tanpa kusedari,air kencingku meleleh kerana terlalu sesak nafas.Aku meminta-minta diberikan oksigen kerana aku semakin susah untuk bernafas.Empat pin darah dipindahkan. Setelah itu, barulah aku tenang kembali sedikit demi sedikit.

Aku telah di'operate' dengan segera pada malam itu. 'Operation' bermula lebih kurang pukul 9.30 malam.Sebelum operation dilakukan,doktor bertanya tentang surat kebenaran pembedahan yang belum ditandatangani itu.Oleh kerana tidak dapat menunggu lebih lama, aku menawarkan diriku untuk menandatangani surat kebenaran itu. Setelah siap menandatangani surat itu, aku menjatuhkan pen itu ke lantai kerana keadaan yang lemah itu memaksaku untuk berbuat demikian.

Sepanjang operation itu, sahabat-sahabat karibku menungguku di luar bilik operation dgn hati yg penuh terkejut,duka,marah dan murung sekali.Kerana terlalu sayang pada diriku,mereka tidak sanggup untuk meninggalkanku sendirian.Biarlah apa pun yang terjadi, yang penting aku berada disisi mereka. Semua sahabat karib yang sekelas denganku seperti masih belum dapat percaya yang keadaan itu terjadi pada diriku.Mereka tidak mampu melelapkan mata sehingga pagi.Apabila aku teringat kembali kejadian ini, aku merasa bersalah dan kasihan terhadap mereka kerana kejadian itu berlaku di waktu ambang peperiksaan.


Tidak mengapalah..semuanya sudah berlalu.Cuma yang tinggal hanyalah pengalaman yang berguna.Jadi..selepas ni, aku akan menjaga hubungan persahabatan ini dengan bersungguh-sungguh, hanya ini sahaja yang dapat aku lakukan sebagai tanda terima kasih kepada sahabat-sahabatku dan kerana terharu, terharu apabila teringat kembali bagaimana mereka risau dan mengambil berat terhadap diriku..insyaAllah akan kujaga persahabatan ini sebaik mungkin..dan aku berdoa padaMu Ya Allah, agar Engkau memberi balasan yang baik iaitu syurga kepada sahabat-sahabatku ini..Wassalam..

No comments: