Friday 19 September 2008

Gambar-gambar di Malaysia







Tgh bercakap dgn abangku.Anak buahku yang snap picture














Halaman garaj rumah














Aku di airport.Aku kat kiri











Muka bosan









anak buah aku tengah main game boy

Bahrain

Semasa aku transit di Bahrain,aku sempat bersiar-siar di Manama city.Bandaraya Bahrain.Panas tu memang boleh tahan.Angin yang bertiup pun panas.Berpeluh-peluh la kalau tak duduk dalam hotel.Tapi aku terus kuatkan diri untuk keluar bersiar-siar di sana.Bila lagi nak berjalan kan?Ni la satu-satunya peluang yang ada.So aku pun keluar la bersiar-siar di sini.Keluar bersama kawan-kawan.Lepas berbuka puasa(sebenarnya aku tak berpuasa hari tu,hehe) pukul 5.45 petang,kami terus keluar.Kat bandar ni rata-rata yang aku jumpa bukan arab,tapi asians especially Bangladesh dan India.Sampai kami tertanya-tanya ni kat India ke kat Bahrain.Huhu.

Sambil melihat peta yang kuambil dari airport,kami menuju ke sebuah kompleks beli belah.Masuk-masuk je kami semua tertanya-tanya kenapa la kat sini cuma jual barang-barang kemas.Masa tu aku baru la perasan nama tempat tu madinatuz zahab.(kompleks beli belah barang kemas).La,patut la semua yang masuk dalam kompleks tu nampak cam bergaya je.hehe.Tempat orang-orang kaya rupanya.

Lepas tu kami pergi ke money exchange nak tukar duit dinar.Fuh,mahal giler duit Bahrain.1 dinar Bahrain sama dengan RM10.Patut la baju yang dijual di kedai kat tepi jalan harga dalam BD 1.9.Aku rasa kat Malaysia atau lebih tepat lagi kat KB aku boleh dapat dengan harga RM5 je.

Bahrain ni aku rasa negara dia baru nak naik.Rancak sungguh bangunan-bangunan baru dibina.Rekacipta canggih-canggih lak tu.Hurm.Tak puas aku keluar malam tu.Esok tu aku keluar lagi pukul 6 pagi.Kat Bahrain subuh pukul 3.30 pagi.So 6.30 tu dah macam pukul 8-9 pagi kat Malaysia.

Aku jalan je.Ikut lah kemana pun tak kisah.Janji boleh ambik gambar-gambar buat kenangan.Aku keluar jalan ikut jalan besar sampai la ke tepi laut.Sempat la aku bergambar di sana.Kat sana tu ada orang arab duk lepak kat atas rumput yang memang ditanam.Tak puasa rupanyer arab ni.Ada tin coca-cola lagi. Ada satu bangunan kat sana yang aku rasa cantik gler.So aku pun berjalan la setengah kilometer ke bangunan tu.Rupa-rupanya shopping kompleks baru dibina.Berapa banyak shopping kompleks baru la yang nak dibina.Tapi masih tak open lagi.Kat ringkat atas bangunan tu ada bank.Bank apa entah aku pun tak ingat.Dalam pukul 8.30 pun aku pun balik la hotel semula.

Flight ke Airport Queen Alia,Amman pukul 12.30 tengah hari.So begitulah kisahnya untuk hari ini.















Shopping kompleks yang belum siap tu















Hotel tempat aku menginap





















Shopping kompleks tu dari jauh














Kat jeti















Aku cuma saja-saja ambik gambar ni.

Thursday 18 September 2008

Pulang ke Malaysia

Ibarat sireh pulang ke gagang.Atau ikan pulang ke lubuk.Barangkali itulah istilah yang sesuai.Setelah berakhirnya semester musim panas setiap tahun,aku akan pulang kembali ke Malaysia.Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa nak balik setiap tahun?Tak membazirkah?

Di sini bukan soal membazir atau pun tidak.Soalan yang perlu ditimbulkan ialah apa faedahnya pulang setiap tahun.Mengapa tidak dijarangkan menjadi dua tahun sekali atau tiga tahun sekali sahaja?Biar aku perjelaskan satu persatu.

Pertamanya,tujuanku adalah untuk mengembalikan semangatku untuk belajar.Refresh kembali.Sepanjang aku di sini,motivasi untuk menggerakkan diriku belajar semakin hari semakin malap.Aku hilang tumpuan belajar 'especially' di akhir-akhir semester setiap tahun.Kenapa jadi begitu?Entahlah,aku pun tak pasti.Mungkin aku terlalu dibawa arus kemewahan hidup di Jordan(pelajar tajaan JPA yang sememangnya terkenal dengan kemewahan yang melampau-lampau berbanding pelajar IPT di Malaysia), atau suasana di sini yang tidak pernah memotivasikan diriku.Dengan kembalinya ke Malaysia,aku akan membakar semula semangatku setelah melihat kejayaan abang-abang dan kakak-kakakku di Malaysia sekaligus melupakan perkara-perkara remeh yang mengganggu pelajaranku.

Tiada program-program motivasikah di sini untuk mengubah personaliti daripada malas menjadi rajin?Bukan tiada,tapi program-program tersebut bagiku tidak pernah mengubah diriku untuk semakin gigih berusaha.Sebenarnya program motivasi tidak penting.Bagiku,motivasi hanya akan datang apabila seseorang itu dalam keadaan terdesak.Perokok mungkin hanya berhenti merokok apabila dia menghidap kanser paru-paru dan hayatnya di hujung tanduk.

Di sini tidak ada yang ingin menyuruh atau memaksa kita melakukan sesuatu.Jika ada yang ingin ponteng kelas,atau yang ingin tidur dari pagi sampai ke maghrib, atau yang ingin melayan movie pada malam-malam exam,tiada siapa yang boleh memarahi.Bukan tiada yang menegur,bahkan aku berterima kasih kepada sahabat-sabahatku yang memarahiku tatkala aku melakukan kesilapan.Namun teguran demi teguran yang diberikan oleh sahabat-sahabatku tidak semua diendahkan.Kadang-kadang teguran itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Teguran ataupun nasihat yang kukira datang dari saudara maraku ini tidaklah memberi impak yang besar untuk aku berubah menjadi seorang yang tekun atau bertambah baik.Berlainan nasihat yang diberi oleh orang tua.Bagiku,orang tuaku semacam ada suatu kuasa veto.Segala permintaan atau kemahuannya mesti dipenuhi.Jadi,dengan kembalinya aku ke Malaysia menguatkan kembali semangatku untuk memenuhi permintaan mereka.Mereka tidak inginkan apa-apa dariku,hanya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran tanpa mengendahkan perkara-perkara lain seperti aktif berpersatuan,bercinta,ataupun perkara-perkara remeh yang lain.

Selain itu,aku juga pulang untuk menemui kembali ibuku di Malaysia.Jangan salah faham.Bukan aku membezakan kasih sayang ibuku dari mereka yang lain terutama dari ayahku,tetapi aku dapat rasakan ibuku terlalu merindui diriku.Merinduiku lebih dari insan-insan lain di dunia ini.Buktinya melalui panggilan-panggilan telefon yang selalu kubuat ke Malaysia.Dialah satu-satunya insan yang akan menerimaku samada baik atau buruknya aku.Jika aku berjaya suatu hari nanti,dia menerimaku.Namun, jika aku gagal(na'uzubillah)dia tetap menerimaku.Tidak sama dengan insan-insan lain di dunia ini kukira,ibu mempunyai kududukan yang tinggi.Tak perlu aku panjangkan kalamku mengenainya,hanya ingin menyatakan syukurlah aku masih mempunyai seorang ibu.

Kehidupan di Jordan juga tidak sama dengan negara-negara lain.Lebih tepat lagi United Kingdom,europe ataupun Malaysia sendiri.Apa yang ada di sini?Tiada yang istimewa untuk dilakukan apabila cuti tiba.Nak bekerja,tiada kerja.Kalau adapun komisen sangatlah rendah.Tidak seperti di sesetengah negara lain.Tidak hairanlah di Jordan ramai pekerja-pekerja adalah warga Mesir dan Syria.Sepertimana warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.Setiap kali cuti semester tiada aktiviti yang menyeronokkan.Cuma boleh tinggal di rumah dan layan movie setiap masa atau bersiar di sekitar dalam dan luar negeri seperti Syria.Syria sudah 4 kali aku lawati.Jordan sudah hampir semua kawasan aku lawati.Hendak ke Turkey,duit tidak cukup.Perbelanjaan lebih mahal dari pulang ke Malaysia Tiada apa yang menyeronokkan lagi.Aktiviti seperti jungle tracking(tiada hutan di Jordan),snorkeling,dan seumpamanya tidak dapat dilaksanakan di sini.Kalau hendak dilakukan juga pun kurasa akan menelan belanja yang mahal,jangan lupa 1 jordan dinar bersamman 4.6 ringgit Malaysia.

Oleh sebab itulah aku rasakan pulang ke Malaysia adalah the best choice untuk diriku.Mungkin ada yang berbeza pendapat denganku.Biarlah,bagiku tiada siapa yang tahu akan dirinya melainkan dirinya dan Allah sahaja.Wallahuaalam.

Wednesday 17 September 2008

Radiology

Minggu ini bermulalah kisah hidupku di tahun lima di universiti.Bermakna sudah 4 tahun penuh aku berada di bumi Syam.Sungguh pantas masa berlalu ye.Tak sangka betul.Masih kuingat lagi ketika aku mula-mula memijakkan kaki di sini semasa turun dari 'flight'.Rasa macam baru je semalam sampai di sini.

Dan untuk tahun ini posting pertamaku ialah radiology.Semua ahli groupku bukan melayu kecuali Iqbal.Ye.Iqbal.Musuh ketatku di tahun 1 dahulu.Hehehe.Actually kami registerkan nama bersama untuk tahun 5 ni.Pelikkan.Kenapa nak daftar nama dengan musuh ketat?Macam dah tak ada kawan lain nak daftar.Sebenarnya aku dan Iqbal sudah tidak bergaduh lagi.Bahkan sekarang ni dah jadi member kamcing.Pelik betulkan dunia ni.Sebab itu rasulullah pernah bersabda marhumnya jika kamu pernah bergaduh janganlah kamu bergaduh berlebih-lebihan.Kelak mungkin musuhmu akan menjadi sahabatmu.Begitulah lebih kurangnya apa yang terjadi pada kami.

Di sini semacam ada sedikit kepelikan yang tak dapat dirasai semasa aku di kolej di Malaysia duhulu.Di sini kita mesti menjaga akhlak jangan terlalu banyak melakukan dosa.Kelak satu persatu bala akan menimpa.Betul ke?Manalah aku tahu.Hehe.Tapi mungkin ada kebenarannya dari pengalaman-pengalamanku yang lepas.Bumi Syam ni tempat para nabi terdahulu.Sahabat-sahabar rasulullah pun ramai yang tinggal dan wafat di sini.

Berkisar tentang postingku,aku tidak hadir pada hari Ahad lepas(Jordan cuti jumaat sabtu).Masa tu aku transit di Bahrain 22 jam.'Flight delay'.Jadi aku kena tolak dua markah.Dua markah je.Bukan banyak pun.Huh,dua markah tu la hidup mati seorang medical student.Doctor kat sini semua strict .Sesiapa tak hadir kelas 2 hari untuk posting radiology tidak dibenarkan menduduki 'final exam'.Anyway,hari ahad tu hari pertama aku ponteng rotation di hospital.Melakar sejarah dalam hidupku.Tidak pernah lagi aku ponteng hospital.Sejak dari tahun lepas lagi.Tapi kali ni nak buat camana,bukan kehendak diri.Aku akan terus berjuang untuk 2 markah itu.Aku akan berjumpa dengan Dr dan bagitahu situasi sebenar.Moga-moga dilembutkan hati dr koordinator tu untuk mengembalikan dua markah itu.

Rotation radiology ni berlainan dari rotation-rotationku sebelum ini.Kami hanya perlu datang ke dewan seminar untuk mendengar lecture dan melihat x-ray,Ct scan dan MRI.Tak perlu bawa lab coat,tak payah ambil history pesakit,dan tak perlu buat presentation pun.Datang seminar dan dengar je lecture yang diberikan sampai cemuh.Minggu depan hari khamis dah 'exam OSCI'.Bukan seperti rotation surgery tu lepas 2 bulan baru OSCI.Semoga aku dapat menjawab soalan-soalan exam dengan baik.

Tuesday 16 September 2008

Abe

Hari ini aku kehilangan seorang sahabat.Sahabat bernama Abe.Sahabat sejati kukira.Mungkin sehidup semati.Hanya tuhan sahaja yang mampu memberikan jawapan.Abe.Orang pertama yang memahami hidupku di sini.

Aku mengenali Abe 4 tahun yang lalu.Tahun pertama aku di sini.Bumi Jordan atau dikenali bumi anbiya.Hidup di sini tidak sama dengan hidup di kampung halaman.Hidup dalam lingkungan kasih sayang keluarga.Segala-galanya tidak perlu diselesaikan sendiri.Serahkan kepada ibu dan ayah.Serahkan pada mereka segala masalah diri.Bangun pagi nasi sudah terhidang.Kain cadar tidak perlu dirapikan.Biarkan sahaja pada mama.Dia tahu tugasnya.Tidak aku nafikan aku adalah anak yang manja.Yang tidak reti untuk berdikari.Mungkin sebab aku adalah antara yang terbongsu kurasa,papa tidak pernah garang.Tidak seperti yang dikenali oleh abang-abangku khususnya abang sulungku,abe li.

Di sini jauh berbeza.Tugas mengurus terletak pada diri sendiri.Tidak ada insan yang ingin melakukan untukku.Segala-gala berbeza.Aku terpaksa belajar memasak sendiri.Kalau tidak kenalah beli di restoran.Kalau nak beli makanan hari-hari akan menelan belanja yang mahal.Jadi aku terpaksa belajar memasak untuk survival diri.Apa aku peduli.Menguruskan diri tidak sukar.Sekejap sahaja boleh 'adapt'.Yang sukar ialah tatkala timbul masalah diri.Biar aku jelaskan.

Aku mengambil kuliah perubatan di sini.Semasa di tahun satu,universiti kerap mengadakan exams.Peperiksaan demi peperiksaan hampir setiap 2 minggu sekali.Setelah aku menduduki peperiksaan kedua,result yang aku peroleh tidak seperti yang kujangkakan.Resultku hancur.Hancur sepertimana hancurnya hatiku menerima berita tersebut.Bayangkan setelah kita berusaha sedaya upaya,akhirnya kita digagalkan dalam suatu exam yang tidak sampai 1 jam.Pertama kali aku rasakan pengalaman seperti itu.Tak terjangka malah aku sendiri tidak percaya.Aku lansung tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.Fikiranku terganggu.Aku rasakan usahaku pasti sia-sia selepas ini.Sugul yang aku rasakan tuhan sahajalah yang tahu.Begitu lah lemahnya imanku ketika aku bergelar 'junior' dahulu.

Dalam kerisauan itu aku berjumpa seorang sahabat.Sahabat yang selama ini menjadi motivator kepada diriku.Yang membantuku menghabiskan masa-masa sukar dalam hidupku.Aku terus tabah setelah melihat dirinya.Dia selalu menasihatiku.Menasihatiku agar terus membiasakan diri.Jangan mudah putus asa.Jangan terikut-ikut dengan perasaan.Setelah hari itu kami menjadi sahabat baik.Dia sahabatku,dia juga seniorku.Sering aku habiskan waktu-waktu terluang bersamanya.Sering aku tidur di rumahnya untuk belajar sampai larut malam.Dia bukan sahaja menjadi motivator malah sering menolongku dalam tugas-tugas seharianku.Kami sering melakukan tugas harian bersama-sama.Sehingga suatu masa ketika aku ingin berpindah rumah,dialah yang paling banyak membantuku.Dari mencari rumah sehingga mengemaskan rumah baruku.Banyak yang aku pelajari darinya.Dia juga mengajarkanku memasak.Waktu itu aku tidak pandai memasak hatta menanak nasi sekalipun.Pernah dia berkata padaku,"Ihsan,kamu ada masalah kan?" kerana terlalu memahami hatiku.

Namun hari ini dia sudah pulang.Pulang ke Malaysia.Pulang ke kampung halaman.Meninggalkan aku sebagai senior di sini.Senior untuk adik-adik yang baru datang ke sini.Agar aku menjadi pembimbing junior-junior tersebut.
Menggantikan dirinya.Kata-kata terakhirnya,"selamat tinggal ihsan,jagalah diri elok-elok".Walaupun mungkin aku tidak memerlukan bantuan darinya lagi sekarang,namun aku tetap merasakan suatu kehilangan dalam hidupku di Jordan ini.

Akan aku abadikan dirimu dalam hatiku buat selama-lama.
Oh Abe..........

Menulis

Hari ini aku akan memulakan suatu pengalaman baru dalam hidupku.Menulis.Atau lebih tepat ialah menulis dan menghalusi kembali tulisan-tulisanku.Tulisan yang tidak seberapa.Tulisan yang hanya untuk meluahkan hati dan perasaan yang terbuku di hati.Tulisan yang hanya sekadar menghiasi blog yg telah lama aku abaikan.


Siapa yang akan membacanya?Terpulang.Tidak pernah dipinta hati untuk dibaca.Walau aku sahaja yang membacanya pun sudah terlebih baik.Janji,aku dapat membukukan pengalaman-pengalamanku di ruangan ini.Mungkin selepas ini aku akan berasa bosan.Bosan dan cemuh.Bosan untuk menulis.Cemuh untuk melayari blog sendiri.Aduhai,tidak mampu aku memberikan jawapan kepada soalan itu.Biar masa sahaja yang menentukan.


Bilakah waktunya aku akan menulis?Soal bila tidak penting.Yang penting ialah bilakah waktuku terluang.Mungkin setelah bangkit dari tidur.Mungkin larut malam setelah selesai segala homework.Mungkin ketika stress.Atau mungkin tidak menulis lagi selepas ini.Seribu mungkin.



Harapanku agar blog ini terus segar disirami pengalaman dan jeritan-jeritan hatiku.Cukuplah sekadar itu sahaja sebagai permulaan.