Tuesday 16 September 2008

Menulis

Hari ini aku akan memulakan suatu pengalaman baru dalam hidupku.Menulis.Atau lebih tepat ialah menulis dan menghalusi kembali tulisan-tulisanku.Tulisan yang tidak seberapa.Tulisan yang hanya untuk meluahkan hati dan perasaan yang terbuku di hati.Tulisan yang hanya sekadar menghiasi blog yg telah lama aku abaikan.


Siapa yang akan membacanya?Terpulang.Tidak pernah dipinta hati untuk dibaca.Walau aku sahaja yang membacanya pun sudah terlebih baik.Janji,aku dapat membukukan pengalaman-pengalamanku di ruangan ini.Mungkin selepas ini aku akan berasa bosan.Bosan dan cemuh.Bosan untuk menulis.Cemuh untuk melayari blog sendiri.Aduhai,tidak mampu aku memberikan jawapan kepada soalan itu.Biar masa sahaja yang menentukan.


Bilakah waktunya aku akan menulis?Soal bila tidak penting.Yang penting ialah bilakah waktuku terluang.Mungkin setelah bangkit dari tidur.Mungkin larut malam setelah selesai segala homework.Mungkin ketika stress.Atau mungkin tidak menulis lagi selepas ini.Seribu mungkin.



Harapanku agar blog ini terus segar disirami pengalaman dan jeritan-jeritan hatiku.Cukuplah sekadar itu sahaja sebagai permulaan.

No comments: