Tuesday 16 September 2008

Abe

Hari ini aku kehilangan seorang sahabat.Sahabat bernama Abe.Sahabat sejati kukira.Mungkin sehidup semati.Hanya tuhan sahaja yang mampu memberikan jawapan.Abe.Orang pertama yang memahami hidupku di sini.

Aku mengenali Abe 4 tahun yang lalu.Tahun pertama aku di sini.Bumi Jordan atau dikenali bumi anbiya.Hidup di sini tidak sama dengan hidup di kampung halaman.Hidup dalam lingkungan kasih sayang keluarga.Segala-galanya tidak perlu diselesaikan sendiri.Serahkan kepada ibu dan ayah.Serahkan pada mereka segala masalah diri.Bangun pagi nasi sudah terhidang.Kain cadar tidak perlu dirapikan.Biarkan sahaja pada mama.Dia tahu tugasnya.Tidak aku nafikan aku adalah anak yang manja.Yang tidak reti untuk berdikari.Mungkin sebab aku adalah antara yang terbongsu kurasa,papa tidak pernah garang.Tidak seperti yang dikenali oleh abang-abangku khususnya abang sulungku,abe li.

Di sini jauh berbeza.Tugas mengurus terletak pada diri sendiri.Tidak ada insan yang ingin melakukan untukku.Segala-gala berbeza.Aku terpaksa belajar memasak sendiri.Kalau tidak kenalah beli di restoran.Kalau nak beli makanan hari-hari akan menelan belanja yang mahal.Jadi aku terpaksa belajar memasak untuk survival diri.Apa aku peduli.Menguruskan diri tidak sukar.Sekejap sahaja boleh 'adapt'.Yang sukar ialah tatkala timbul masalah diri.Biar aku jelaskan.

Aku mengambil kuliah perubatan di sini.Semasa di tahun satu,universiti kerap mengadakan exams.Peperiksaan demi peperiksaan hampir setiap 2 minggu sekali.Setelah aku menduduki peperiksaan kedua,result yang aku peroleh tidak seperti yang kujangkakan.Resultku hancur.Hancur sepertimana hancurnya hatiku menerima berita tersebut.Bayangkan setelah kita berusaha sedaya upaya,akhirnya kita digagalkan dalam suatu exam yang tidak sampai 1 jam.Pertama kali aku rasakan pengalaman seperti itu.Tak terjangka malah aku sendiri tidak percaya.Aku lansung tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.Fikiranku terganggu.Aku rasakan usahaku pasti sia-sia selepas ini.Sugul yang aku rasakan tuhan sahajalah yang tahu.Begitu lah lemahnya imanku ketika aku bergelar 'junior' dahulu.

Dalam kerisauan itu aku berjumpa seorang sahabat.Sahabat yang selama ini menjadi motivator kepada diriku.Yang membantuku menghabiskan masa-masa sukar dalam hidupku.Aku terus tabah setelah melihat dirinya.Dia selalu menasihatiku.Menasihatiku agar terus membiasakan diri.Jangan mudah putus asa.Jangan terikut-ikut dengan perasaan.Setelah hari itu kami menjadi sahabat baik.Dia sahabatku,dia juga seniorku.Sering aku habiskan waktu-waktu terluang bersamanya.Sering aku tidur di rumahnya untuk belajar sampai larut malam.Dia bukan sahaja menjadi motivator malah sering menolongku dalam tugas-tugas seharianku.Kami sering melakukan tugas harian bersama-sama.Sehingga suatu masa ketika aku ingin berpindah rumah,dialah yang paling banyak membantuku.Dari mencari rumah sehingga mengemaskan rumah baruku.Banyak yang aku pelajari darinya.Dia juga mengajarkanku memasak.Waktu itu aku tidak pandai memasak hatta menanak nasi sekalipun.Pernah dia berkata padaku,"Ihsan,kamu ada masalah kan?" kerana terlalu memahami hatiku.

Namun hari ini dia sudah pulang.Pulang ke Malaysia.Pulang ke kampung halaman.Meninggalkan aku sebagai senior di sini.Senior untuk adik-adik yang baru datang ke sini.Agar aku menjadi pembimbing junior-junior tersebut.
Menggantikan dirinya.Kata-kata terakhirnya,"selamat tinggal ihsan,jagalah diri elok-elok".Walaupun mungkin aku tidak memerlukan bantuan darinya lagi sekarang,namun aku tetap merasakan suatu kehilangan dalam hidupku di Jordan ini.

Akan aku abadikan dirimu dalam hatiku buat selama-lama.
Oh Abe..........

No comments: